Kota Tinggi - Dua kaki pancing, terkejut apabila menjumpai ikan tilapia tanpa ekor di sebuah lombong pasir dekat Mawai, di sini.
Mohd Khairul Leman, 30, berkata, ketika sedang menjala, dia bersama bapa saudaranya mendapat tiga ikan tilapia dengan salah seekornya tidak mempunyai ekor.
“Jika hendak kata ia dimakan ikan lain, tiada pula kesan parut,” katanya.
Mohd Khairul berkata, hasratnya untuk membela ikan tersebut bagaimanapun tidak kesampaian kerana ikan tersebut mati selepas dibawa pulang ke rumahnya.
0 comments:
Post a Comment