Berita terkini operasi mencari mangsa pesawat AirAsia Indonesia mencetuskan kontroversi apabila media Singapura mempersoalkan penggunaan Kapal Republik Indonesia, KRI Usman-Harun [Gambar] kombinasi nama dua komando Indonesia Usman Janatin dan Harun Thohir yang terlibat dalam konfrantasi tahun 1960an.
Singapura: Media Singapura mengkritik Jakarta kerana mengerahkan sebuah kapal perang tentera laut negara itu yang menimbulkan kontroversi untuk menyertai operasi mencari mangsa kemalangan pesawat udara AirAsia QZ8501.
Menurut Channel NewsAsia, Tentera Laut Indonesia akhirnya menggunakan khidmat KRI Usman Harun bersama KRI Banda Aceh dan KRI Bung Tomo mencari bangkap QZ8501.
Rangkaian itu mempertikaikan penggunaan KRI Usman Harun berlayar kerana kapal perang itu tidak disenangi kerana menggunakan nama dua tentera laut yang disabitkan kesalahan mengebom Singapura pada 1960-an.
Walaupun mengakui kemampuan KRI Usman Harun melakukan operasi mencari di bawah air, Channel NewsAsia berkata, ia pernah menyebabkan berlaku ketegangan diplomatik antara Singapura – Jakarta.
KRI Usman Harun dinamakan sempena dua anggota tentera Indonesia yang meletupkan bom di MacDonald’s House Singapura iaitu Usman Mohamed Ali dan Harun Said.
Insiden itu menyebabkan tiga kematian dan 33 yang lain cedera.
Usman dan Harun kemudian dihukum mati selepas dibicarakan.
Kedua-dua mereka digantung pada 1968.
Sehingga semalam media melaporkan, sebanyak 27 kapal terbabit dalam operasi berkenaan. myMetro
Pengeboman MacDonald House terjadi pada tanggal 10 Maret 1965 di gedung Hongkong and Shanghai Bank (dikenal dengan nama MacDonald House) yang terletak di Orchard Road, Singapura. Bom waktu tersebut dipasang oleh dua orang Indonesia yang merupakan anggota Korps Komando Operasi, Harun Said dan Usman Hj Mohd Ali pada saat berlangsungnya Konfrontasi. Tiga orang meninggal dunia dan sedikitnya 33 orang dicederai.
Sejak tahun 1963, pemerintah Indonesia telah menentang penyatuan Malaysia. Pemerintah Singapura mengatakan bahwa Indonesia kemudian mengirimkan orang-orang yang bertujuan menyabotase keadaan di Singapura dan Malaysia dengan mengeksploitasikan perbedaan ras di kedua negara serta merusak instalasi-instalasi penting. Menurutnya, orang-orang kiriman tersebut kemudian meledakkan bom di tempat-tempat umum untuk menciptakan ketegangan dan panik. Pengeboman di MacDonald House merupakan pengeboman yang paling serius dari seluruh pengeboman-pengeboman yang terjadi di Singapura. Dua korban yang tewas berasal dari suku Tionghoa sedangkan satunya lagi adalah orang Melayu.
Setelah kejadian tersebut, petugas-petugas dari Departemen Keamanan Dalam Negeri serta Kepolisian Singapura menangkap Harun dan Usman. Keduanya dihukum gantung pada tahun 1968. Kredit Wikipedia
#Sumber
0 comments:
Post a Comment