Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 14, 2015

PERAKAM SUARA KOKPIT QZ8501 MULA DIANALISIS


Perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia QZ8501. - Foto Ihsan: Antara Foto


Jakarta - Pasukan Majlis Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKP) Indonesia hari ini mula menganalisis perakam suara kokpit (CVR) pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas Disember lalu.

Data-data yang diperolehi dari CVR terbabit akan dibersihkan untuk mengetahui punca pesawat tersebut terhempas.

Menurut salah seorang pegawai penyiasat KNKP, Kapten Ertata Lananggalih, proses penyiasatan CVR akan dimulakan pada jam 12 tengahari (waktu tempatan).

"Semoga malam ini, pasukan penyiasat dan pasukan khas kotak hitam akan selesai memeriksa CVR", katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penyiasat KNKP, Mardjono Siswo Suwarno, setelah data tersebut di periksa, pasukannya akan mendengar secara terperinci setiap data yang dirakam antaranya seperti percakapan juruterbang, pembantu juruterbang.

"Suara rakaman kokpit, suara pilot, bahkan pengumuman pramugari akan dapat didengar', katanya yang dipetik viva.co.id

Menurutnya lagi, hasil percakapan itu akan dicatat oleh pasukan penyiasat yang terdiri dari juruterbang.

" Adalah sukar dan memenatkan untuk transkrip setiap butir percakapan dan hanya juruterbang berpengalaman boleh melakukannya kerana terdapat istilah-istilah kursus penerbangan digunakan,” katanya.

Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.

0 comments:

share2