Davos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi menghadiri upacara pengebumian Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, Najib akan meninggalkan Davos tepat pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dan akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich.
Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dengan pesawat khas pukul 12 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, lawatan kerja Perdana Menteri ke United Kingdom akan berjalan seperti biasa bermula 24 Januari sehingga 26 Januari ini.
Raja Abdullah mangkat pada awal pagi Jumaat pada usia 90 tahun.
Adinda baginda, Putera Salman Abdulaziz telah dinamakan sebagai raja yang baharu.
0 comments:
Post a Comment