Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 29, 2015

MARAN : MAJLIS PENYERAHAN SURATAN HAK MILIK DAN NOTIS 5A DAERAH MARAN





27 Januari 2015, Selasa - Dato' Syed Fuad Syed Taha, Pegawai Daerah Maran dalam ucapan aluan pada Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik dan Notis 5A kepada penerima di Maran bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Daerah Maran, Pahang.

Seramai 37 orang menerima Suratan Hak Milik dalam Rancangan Penempatan Kampong (RPK), Kg Temelong, Chenor sementara seramai 95 orang menerima Notis 5A, dari Kampong Ulu Kumbai, Chenor.

75 orang Notis 5A bagi RPK Bukit Ketawak, Kuala Sentul, 79 orang menerima Notis 5A, RPK Kg,  Cendung, Luit

Suratan Hak Milik serta Notis 5A disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang. Turut hadir di majlis berkenaan Ahli Parlimen Maran, ADUN Jengka, ADUN Chenor, ADUN Luit serta ADUN Kuala Sentul merangkap Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia YB Dato' Hajah Shahaniza Shamsuddin.


Dari kiri: Adun Jengka, Adun K.Sentul, AP Maran, Peg. Daerah, 
Adun Chenor dan Adun Luit

Sebahagian hadirin

Sebahagian Penerima Suratan Hak Milik dan Notis 5A
Foto 3,4,5 oleh: Ramly Abd Aziz






0 comments:

share2