Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 22, 2015

MARAN: KONTRAKTOR PERLU LAKSANA AMANAH DENGAN BAIK


Maran - "Jangan buat (rumah) sambil lewa, tapi buat dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab," Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan kontraktor yang dilantik membina rumah mangsa banjir di negeri ini.

Titah baginda, kontraktor yang dilantik semestinya yang berpengalaman, supaya kualiti rumah terjamin, untuk kerja pembinaan yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan kerajaan, iaitu 75 hari.

"Janganlah rumah yang dibina senget dalam tempoh tiga bulan. Saya harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku di Pahang," titah baginda pada 'Program Gotong-Royong Diraja Membaiki Rumah-Rumah Rakyat Terlibat Banjir' di Maran dan Bera di sini hari ini.

Baginda turut menyertai aktiviti gotong royong membaiki 12 buah rumah penduduk di dua daerah berkenaan yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Tengku Abdullah menegaskan akan memantau sendiri perkembangan kerja pembinaan rumah itu di negeri ini, dan tidak akan teragak-agak untuk mencari pegawai yang gagal melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di Kampung Pancor di sini Munah Omar, 82, berkata beliau terharu apabila Tengku Abdullah mencemar duli ke rumahnya, yang ditenggelami air sehingga paras bumbung ketika banjir baru-baru ini.

"Sepanjang hayat tak pernah mimpi Tengku Mahkota datang ke rumah. Seronok sangat dan terima kasih kerana sudi ke sini," katanya.

0 comments:

share2