Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 28, 2015

KUANTAN: 2,150 PELAJAR IPT JADI SUKARELAWAN


Daing Nasir bersama sukarelawan IPT yang menyertai operasi pasca banjir membersihkan beberapa buah kampung di Pahang.


Kuantan - Seramai 2,150 sukarelawan mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi menyertai operasi pasca banjir bagi membantu membersihkan kediaman mangsa di 15 kawasan di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, misi bantuan itu disertai 19 universiti awam dan swasta, kolej komuniti termasuk Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), UMP dan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (Maskum) yang menjadi penyelaras program berkenaan.

Menurutnya, operasi pasca banjir itu memberi tumpuan kepada aktiviti membersihkan kediaman dan sekolah ditenggelami banjir akhir tahun lalu.

“Setiap universiti akan menumpukan kawasan ditetapkan urusetia dan mereka akan melakukan aktiviti membersihkan kediaman penduduk setempat termasuk sekolah selama dua hari. 

“Kita menyediakan penginapan dan makanan ketika bertugas disediakan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (Pimpin) kepada semua sukarelawan terlibat,” katanya ditemui dalam pelepasan program itu, di sini.

Daing Nasir berkata, seramai 423 sukarelawan UMP menyertai program itu dan mereka melakukan aktiviti membersihkan Kampung Paya Pasir Chendor, Maran, Kampung Pulau Rusa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, Pekan.

Beliau berkata, sebelum ini sukarelawan berkenaan turut terbabit sebagai petugas di pusat pemindahan di daerah ini dan Pekan.

“Mereka juga menyertai misi mengagihkan makanan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sukarelawan yang ditemui, Exagloria Robert, 22, yang menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) berkata, itu kali pertama dia menyertai operasi pasca banjir yang memberikan peluang kepadanya mendapat gambaran sebenar kesukaran dihadapi mangsa.

Katanya, dia dan sukarelawan UPSI terbabit dengan aktiviti mencuci rumah penduduk di Kampung Cendor, di sini, dan kerjasama diberikan mangsa banjir berjaya melancarkan lagi operasi membersih.

“Apabila turun padang dan melihat sendiri situasi mangsa banjir, saya sedih melihat keadaan rumah mangsa, banyak harta-benda mereka musnah dalam sekelip mata,” katanya.

Sumber

0 comments:

share2