Jerantut, 13 Jan 2015 - YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang mengetuai agensi-agensi kerajaan dan NGO Negeri Pahang telah bersama bergotong-royong bagi membersihkan pusat eko pelancongan tersohor Negara di Kuala Tahan akibat dari bencana banjir baru-baru ini.
Kerosakan teruk berlaku kepada pusat pelancongan berkenaan yang meliputi kemudahan asas yang disediakan kerajaan serta penginapan dan restoran terapung.
Bencana berkenaan memberi impak kepada semua operator pelancongan sama ada pengusaha penginapan, pengusaha makanan, cenderamata, pemandu bot serta pemandu pelancong yang bergantung kepada industri pelancongan.
Kerosakan yang berlaku mengakibatkan kemungkinan besar industri pelancongan tidak dapat beroperasi seperti biasa sekurang-kurangnya dalam masa suku pertama tahun 2015 ini.
Turut hadir pegawai-pegawai dari agensi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang; Dato' Ishak Mokhtar - Perbadanan Kemajuan Bukit Freaser, Dato' Hashim - Perbadanan Kemajuan Pulau Tioman, Dato' Zubir - Pejabat Kebudayaan Negeri Pahang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian Jerantut, Kuantan dan Cameroh Highland serta wakil-wakil NGO's Pelancongan Negeri.

0 comments:
Post a Comment