Shah Alam - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu kandung dan waris keluarga seorang bayi lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Penolong Pegawai JKM Subang Jaya, Raja Norul Fazzilla Raja Halim berkata, bayi lelaki berusia tiga bulan itu ditinggalkan ibu kandungnya di pekarangan masjid di Subang Jaya sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, bayi lelaki diberi nama Ahmad Farrel Harraz kini ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras.
Manakala seorang kanak-kanak perempuan, dikenali sebagai Adriana, ditinggalkan ibu kandungnya di Hospital Serdang pada 2012.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubunginya di 03-56343095.
0 comments:
Post a Comment