Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 25, 2015

APABILA KADIR JASIN KEMBALI MENULIS DAN KISAH SERANGAN KEATAS DAIM ZAINUDDIN



Oleh Ajaib

Saya menulis “Apabila Menulis Di Kala Penghujung Usia, Catatan Buat Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin” bahawa serangan-serangan yang dilakukan oleh dua orang Tokoh Wartawan Negara, Datuk Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin merendahkan status mereka.

Justeru apabila Kadir Jasin menulis “Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM” dalam masukan terbaru blognya, saya anggap Kadir Jasin telah kembali menulis. Inilah wajah sebenar Kadir Jasin yang menulis berasaskan analisis dan logik akal, bukannya serangan semberono dan peribadi terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Sudah tentu teguran terhadap cara pengurusan berita Media Prima dalam menguruskan isu Tun Daim Zainuddin sangat tidak masuk akal. Apa perlunya mereka menemuramah ketua-ketua cawangan PKR dan Pas untuk bercakap berkenaan Tun Daim?

Tindakan TV3 ini bukan sahaja memburukkan UMNO malah menyusah Mohd Najib Tun Razak. Sekarang sudah timbul usaha melagakan Daim dan Najib melalui penerbitan sebuah video klip pendek. MYKMU dalam laporan beberapa hari lalu telah menyatakan Ia merupakan Fitnah Terhadap Tun Daim Sebagai Agenda Menjatuhkan Najib.

Peperangan politik antara Tun Mahathir dan Daim Zainuddin menetang Mohd Najib Razak tidak menguntungkan sesiapa kecuali parti lawan. Demikian juga serangan-serangan hingusan bloggers (bukan bloggers hingusan) terhadap Kadir dan Zainuddin Maidin (ZAM) hanya menjatuhkan kredebiliti aktivis media maya pro UMNO sendiri.

Demikian juga serangan terhadap hal-hal peribadi dan remeh temeh bertaraf hingusan yang dibuat oleh Kadir dan Zam ke atas Mohd Najib beberapa bulan ini tidaklah meletakkan darjat atau status mereka melebihi jurublog-jurublog yang menyerang peribadi mereka.

Sebab itu saya gembira apabila Kadir Jasin mula menulis menggunakan kebolehan sebenar beliau mempersoalkan isu-isu ekonomi negara dan cara pemberitaan media utama negara dibuat.

Saya juga gembira melihaat kenyataan terbaru ZAM kepada Malaysiakini, “Zainuddin said that while Najib had the right to reply to the criticism, Umno-linked media should not be used to commence personal attacks against his critics.”

Saya berharap dua nama besar dalam bidang kewartawanan negara ini akan kekal menjadi nama besar yang dihormati oleh kawan-kawan dan pihak lawan. Bicaralah isu besar bukannya, isu seperti “benarkah Perdana Menteri bercuti melihat sunset” atau “mengapa pesawat kerajaan berada di Amerika Syarikat biar pun Najib telah pulang”.

Bukan taraf mereka untuk membicarakan hal anak-anak dan isteri Mohd Najib Tun Razak. Biarlah jurublog cabuk yang sedang marah dengan Mohd Najib kerana tidak mendapat sesuatu atau pihak pembangkang sahaja bercakap isu sedemikian.

Saya mengharapkan kedua-dua mereka menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat bukannya menjadi batu api berdasarkan maklumat penulis-penulis tertentu yang sebelum ini “menjilat” Mohd Najib kerana mengharap sesuatu dan menjadi penyebar gosip dan fitnah bila hasrat tidak direalisasikan.

Saya percaya sengketa kumpulan Mahathir-Daim (termasuk Kadir Jasin dan ZAM) dengan Perdan Menteri kerana orang sekeliling mereka yang suka menghasut akibat tidak mendapat sesuatu. Saya tidak percaya orang seperti Kadir dan Zam memerlukan apa-apa lagi dalam kehidupan mereka sekarang.

Fikirlah kepentingan parti melebih kepentingan diri!





0 comments:

share2