Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 8, 2014

LAHIRKAN ANAK GUNA TELUR BEKU

Tokyo - Seorang wanita berusia 30 tahun di Jepun melahirkan seorang bayi selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) menggunakan telur yang telah dibekukan selama 12 tahun.

Ketua Pusat Sokongan Penyelidikan Perubatan di Shinjuku, Masashige Kuwayama berkata, telur itu diambil daripada wanita tersebut sebelum dia menjalani rawatan kanser ketika masih bergelar pelajar.

"Dia disahkan menghidap limfoma malignan, iaitu sejenis kanser darah semasa tahun pertama di sekolah tinggi. Kehamilan seperti ini juga jarang sekali berlaku terutamanya selepas telur dipelihara lebih daripada 10 tahun,"katanya, laporan dipetik dari Straits Times.

0 comments:

share2