Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 25, 2014

JUMLAH MANGSA BANJIR MENINGKAT 26,795 ORANG

Sebahagian dari mangsa banjir di Pusat Pemindahan
Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad, Kuantan


KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 26,795 orang daripada 7,013 keluarga yang ditempatkan di 167 pusat pemindahan di lapan daerah sehingga jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu meningkat daripada 15,944 orang yang direkodkan sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, berkata jumlah paling ramai adalah di Kuantan dengan 14,350 mangsa daripada 4,119 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir diikuti Maran (2,744 orang daripada 676 keluarga), Rompin (2,744 orang daripada 676 keluarga), Jerantut (2,478 orang daripada 506 keluarga) dan Lipis (2,319 orang daripada 548 keluarga).


MB Pahang mendengar taklimat dari anggota TUDM bersama
ADUN Tahan, Dato' Sri Wan Amizan sebelum meninjau kawasan yang terlibat sekitar Ulu Tembeling hari ini.
"Di Pekan seramai 1,402 daripada 338 keluarga di pusat pemindahan, Temerloh (649 orang daripada 138 keluarga) dan Bera (109 orang daripada 22 keluarga)," katanya dipetik menerusi akaun Facebook Polis Pahang.



0 comments:

share2