Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 25, 2014

JERANTUT: PENERBANGAN KECEMASAN BAWA WANITA SARAT MENGANDUNG


Halimatul Saadiah diusung anggota tentera selepas diterbangkan menggunakan helikopter TUDM dari Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling ke Hospital Jerantut, semalam


Jerantut - Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkalan di Kuantan telah membuat penerbangan kecemasan untuk membawa seorang wanita yang sarat mengandung di Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling ke Hospital Jerantut, di sini, semalam.

Wanita berkenaan, Halimatul Saadiah Ariff diterbangkan dengan helikopter dari Kuala Sat pada jam 11 pagi dan mendarat di padang hoki Majlis Daerah Jerantut jam 12.15 tengah hari.

Wanita berkenaan dijangka sudah sampai tempoh untuk bersalin diusung ke atas ambulans oleh anggota tentera dan petugas Hospital Jerantut.

Operasi memindahkan wanita berkenaan diketuai juruterbang, Mejar Asnil berikutan gelombang banjir melanda perkampungan di mukim Hulu Tembeling daerah ini sejak lima hari lalu.

0 comments:

share2