Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 1, 2014

PENGHUJAHAAN SHAFEE BARU 30 PERATUS


Penghujahan Muhammad Shafee baru kira-kira 30 peratus


PUTRAJAYA: Hari keempat prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan barisan pendakwaan memberi hujah balas.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan pembentangannya dengan menyentuh perkara-perkara berkaitan testimoni pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengendalian spesimen bahan bukti dan juga fakta kronologi kes.

"Saya mengambil masa untuk membentangkan fakta-fakta kes sebelum menyentuh tentang isu dan undang-undang.

"Saya perlu menerangkan konteks supaya mahkamah lebih faham tentang kemungkinan perkara ini boleh berlaku," ujar Muhammad Shafee yang hari ini cuma baru selesai membentangkan kira-kira 20 atau 30 peratus daripada keseluruhan hujahnya.

Dalam sesi pembentangan yang berakhir jam 12.15 tengah hari tadi, perkara tentang spesimen sulit Mohd Saiful dan sampel bukti P27 iaitu bungkusan plastik lutsinar yang didakwa peguambela Anwar telah dikendalikan dengan salah juga telah dibuat.

"Saya juga telah menyentuh tentang bahan bukti daripada lokap yang mana ia dijelaskan secara perbandingan dengan spesimen daripada P27. Ia jelas menunjukkan DNA Lelaki-Y yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar," ujar Muhammad Shafee.


"Mungkin semuanya tidak sempat dihabiskan pada hari Isnin. Sebab itu ia akan dibawa pula ke sebelah pagi hari Selasa," jelas beliau.





0 comments:

share2