Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 21, 2014

BANJIR TERENGGANU MAKIN BURUK


Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memindahkan penduduk Taman Murni Permai, Tok Jembal selepas kawasan itu dilanda banjir di Kuala Nerus, hari ini.  - Foto Bernama


Kuala Terengganu - Banjir di Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila 4,813 orang dipindahkan berbanding 3,863 orang petang semalam.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam ini, dua lagi pusat pemindahan banjir dibuka masing-masing di daerah Setiu dan Besut menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka kini ialah 38 buah.

"Di daerah Setiu, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Balai Raya Kampung Jelapang yang menempatkan 16 mangsa dari lima keluarga.

"Di Besut pula, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Pengkalan Kubur yang melibatkan 43 mangsa dari 14 keluarga," katanya. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir di negeri ini dengan menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau melayari laman web etindakan.terengganu.gov.my.

0 comments:

share2