Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 7, 2014

REMAJA HILANG DIPERCAYAI IKUT TEMAN LELAKI


Kang Yee

Ipoh - ‘Saya keluar untuk bantu keluarga dan jangan risaukan keselamatan saya’. Itu nota ringkas yang ditinggalkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari kediamannya di Kampung Tawas, sejak 29 September lepas.

Kehilangan Koy Kang Yee, anak bongsu dari dua beradik itu disedari abangnya, pada hari kejadian setelah menemui nota ringkas di bilik remaja berkenaan kira-kira jam 2 petang.

Ibunya, Peh Mee Yin, 37​,​ berkata, kejadian tersebut amat mengejutkannya ​kerana​ Kang Yee merupakan anak yang baik dan tidak pernah mendatangkan sebarang masalah kepada keluarga.

"Saya amat terkejut dan kecewa kerana tanpa diduga dia nekad meninggalkan rumah atas alasan untuk mencari kerja dan membantu keluarga," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Mee Yin, dia dan keluarganya juga telah berikhtiar menghubungi dan mencari Kah Yee di sekitar kawasan berhampiran namun tindakan itu tidak mendatangkan hasil.

"Selepas kehilangannya, hampir setiap hari saya menghubunginya namun tiada balasan.

"Saya juga ada bertanyakan tentang Kah Yee kepada rakan-rakannya, namun mereka juga tidak mengetahui di mana dia berada," katanya.

Ditanya sama ada Kah Yee mengikut teman lelakinya, ​Mee Yin berkata, dia tidak menolak kemungkinan berlaku perkara itu.

“Difahamkan dia pernah berkawan rapat dengan seorang lelaki tetapi saya tidak pasti sama ada Kah Yee bersama teman lelakinya itu atau pun tidak,” katanya.

Katanya, dia hanya berharap anak gadisnya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga kerana tindakannya itu hanya akan menghancurkan masa hadapannya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan awam dan pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Kah Yee diminta menghubungi balai polis berhampiran.

"Atau pun kepada Sesiapa yang pernah terlihat Kah Yee boleh menghubungi ibunya di talian 010-3968616 atau pejabat MCA Perak di talian 05-2536981.

Beliau berkata, kerjasama daripada orang ramai juga amat diperlukan bagi memudahkan usaha untuk menjejaki dan mengenal pasti lokasi terkini Kah Yee.

"Selain memakai kaca mata, Kah Yee juga dilihat kali terakhir memakai baju T putih, berseluar panjang gelap dan membawa beg sandang," katanya.

0 comments:

share2