Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 2, 2014

MINYAK NAIK, TERIMA KASIH NAJIB .....

Tulisan yang tertera di atas sekeping kad manila di salah sebuah stesen minyak ketika tinjauan Sinar Harian Online. - Foto oleh Sinar Harian/Yusrizal Yusuf Ahmad


SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat.

Tinjuan Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.

Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam.

Lewat petang tadi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.


Editor;

Hakikatnya bukan miyak dinaikkan tetapi adalah subsidi yang selama ini diberikan oleh kerajaan dikurangkan 20 sen. Pemberian subsidi adalah hak kerajaan, cuma apabila kita terlalu lama menerima maka kita terasa leka dan merasakan bahawa ianya adalah hak mutlak kita.

Kita percaya kerajaan sedang melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat, cuma tidak semua perkara dapat di umumkan kepada rakyat secara jelas. Jangan kita terperangkap dengan pihak pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan untuk merosakkan apa yang kerajaan telah dan sedang lakukan selama ini.


0 comments:

share2