Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 4, 2014

LAKONAN KAKI JUDI TIDAK BERHASIL


Operasi Judi oleh penguat kuasa JHEAIPP dilakukan di enam premis sekitar Georgetown dan Jelutong.

Georgetown - Seorang lelaki berusia 57 tahun menangis minta dilepaskan setelah dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIAPP) akibat berjudi, semalam.

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaannya, Khairul Azman Azizan berkata, lelaki yang mengaku bujang itu ditahan setelah didapati membeli nombor ekor di sebuah premis judi di sini.

Menurutnya, lelaki itu turut memberikan alasan membeli nombor berkenaan untuk rakannya.

“Tidak kisah beli untuk kawan ataupun sesiapa sahaja, selagi seseorang itu berada dalam pusat berkenaan, dia tetap akan ditahan mengikut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain lelaki berkenaan, dua lelaki lain berusia 24 dan 61 tahun turut ditahan.

Mereka turut memberikan pelbagai alasan termasuk sakit jantung. Khairul Azman berkata, Operasi Judi itu bermula dari jam 3 hingga 7.30 petang melibatkan enam premis di Georgetown dan Jelutong.

Katanya, seramai 10 anggota terlibat dalam pemeriksaan kali ini.

“JHEAIPP ingin menegaskan operasi ini dilakukan secara berterusan dan saya juga ingin mengingatkan sama ada anda beli ataupun berada dalam premis judi ini, anda tetap akan ditahan.

“Ramai yang salah faham, jika tidak membeli mungkin tidak akan ditahan, sebaliknya tindakan mengikut seksyen yang sama tetap akan diambil,” katanya.

0 comments:

share2