Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 4, 2014

ISMAIL SABRI: HARGA IKAN DIPANTAU


Ismail Sabri  melihat orang ramai mendapatkan bekalan barang basah ketika melawat Pasar Tani Khas Aidil Adha selepas melancarkan pasar tani peringkat kebangsaan itu di Tapak Pasar Tani Putrajaya, Presint 2 di Putrajaya hari ini.- Foto Bernama

Putrajaya - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau harga ikan di seluruh negara berikutan pengurangan subsidi untuk diesel yang berkuat kuasa semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini masih belum ada sebarang laporan kenaikan harga ikan diterima.

"Pemantauan di Pasar Tani Khas Hari Raya Aidiladha di sini (Putrajaya) juga mendapati pengurangan subsidi diesel belum memberi kesan kepada harga ikan.

Namun berdasarkan pengalaman sebelum ini berlaku kenaikan harga ikan antara lapan hingga 13 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pasar Tani Khas Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.

Beliau berkata jika kenaikan harga ikan berlaku, kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk membincangkan langkah yang perlu diambil.

Pasar Tani Khas Hari Raya Aidiladha diadakan di 171 tapak pasar tani terpilih di seluruh negara bermula semalam hingga esok sebagai alternatif kepada pengguna untuk membeli produk makanan seperti ayam, daging, ikan, buah-buahan dan sayur dengan harga berpatutan.

0 comments:

share2