PAS memang terpukul dengan bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lepas. Maklum sajalah, habis saja bentang bajet, Perdana Menteri terus ke Pangkalan Kubor Kelantan bertemu dengan pengundi yang memenang besarkan BN dengan majoriti jauh lebih besar dalam pilihanraya kecil bulan lepas.
Kot-kotla masa jumpa tu rakyat nak mengamuk sebab minyak naik RM 0.20 minggu sudah, rupanya sambutan tetap hangat malah rakyat tepuk tangan lagi bila Perdana Menteri kata subsidi minyak hanya menguntungkan yang kaya.
Ini tak hairan sangat sebab sebagai daerah yang bersempadan dengan Thailand, orang Pangkalan Kubor tahu nilai subsidi minyak ini kepada mereka kerana dapat lihat sendiri bersepahnya kereta Thailand nak isi minyak di negara ini sebab harganya murah.
Maka itu, PAS main skrip lama, cuba kondem bajet 2015 ni kononnya bagi secupak, tarik segantang. Ironinya tu, macam banyak sangat yang PAS beri Kelantan selama 24 tahun memerintah negeri tu.
Seperti yang penulis katakan dalam tulisan lepas, paling tidak 7 juta penerima BR1M, 5 juta pelajar sekolah dan berjuta-juta yang bayar cukai pendapatan akan dapat manfaat langsung dari pembentangan bajet kelmarin. Sebetulnya banyak lagi, tapi bagi yang mudah-mudah dulu, maklum sajalah ada yang baca ni orang PAS – bukan cerdik pun.
PAS? 24 tahun dulu rakyat kelantan sedut air dari bawah tanah sebab PAS gagal sediakan bekalan air bersih, sekarang pun sebahagian besar rakyat Kelantan masih sedut air dari bawah tanah, sebab, PAS asyik sibuk ukur orang lain, terlupa yang dia tu banyak sangat kelemahannya.
Alasan takdak duit, sedangkan air sungai Kelantan kuning pekat kerana jadi mangsa aktiviti perlombongan pasir sungai yang dilakukan PAS Kelantan secara berleluasa, tak selindung-selindung macam negeri lain. Tak percaya, tengok kat Jambatan Sultan Ismail Petra menghala ke Tumpat tu, sebelah betul bandar Kota Bharu.
Kira adalah hasilnya tu, tak sebut balak lagi dan lain-lain, tapi mana pergi hasil semua tu bila masalah paling asas itupun PAS tak boleh selesaikan? Menunjukkan masalahnya bukan duit, tapi tak reti mengurus. Nasib baik orang Kelantan yang merantau ke luar ni mahu PAS kekal atas sebab-sebab yang depa saja faham, ikut orang yang diam menetap disitu, lama habis dah.
Justeru, usahlah nak cakap banyak segantang ke secupak. Sebelum tegur orang lain, tengok badan sendiri dulu. Buat lawak betullah.
0 comments:
Post a Comment