Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 25, 2014

WANITA PKR GESA HADI MOHON MAAF KEPADA WAN AZIZAH


Kuala Lumpur: Wanita PKR hari ini menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon maaf kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana membuat kenyataan yang mengguris hati Presiden PKR itu berhubung pencalonan beliau untuk jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin, berkata Abdul Hadi perlu berbuat demikian demi perpaduan Pakatan Rakyat berikutan kemelut pencalonan untuk jawatan itu.

"Biarpun Haji Hadi menyatakan perkara yang mengguris hati Datuk Seri Wan Azizah, semua itu sudah berlalu dan kita patut merapatkan barisan dan terus mara. Kami berharap haji Hadi akan memohon maaf terhadap semua tuduhan yang dilemparkan kepada presiden parti.

"Kami tetap berpendirian bahawa seorang wanita mampu memegang jawatan Menteri Besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi sebelum ini menyatakan Wan Azizah yang menjadi calon tunggal PKR dan DAP untuk jawatan Menteri Besar Selangor, tidak layak memimpin kerajaan negeri itu.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

0 comments:

share2