Sebuah lori membawa muatan air mineral terbalik di persimpangan lampu isyarat Bukit Angin di sini pagi semalam dipercayai akibat hilang imbangan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Menurut kelindan lori terbabit yang enggan dikenali berkata, dia bersama pemandu dan seorang lagi pekerja dalam perjalanan menghantar bekalan air mineral dari Taman Perindustrian Temerloh menuju ke Bera.
“Ketika cuba membelok ke kanan melepasi lampu isyarat ini lori yang kami naiki hilang imbangan lalu terbalik,” katanya.
Menurutnya, pemandu lori seorang lelaki Melayu mengalami cedera di beberapa bahagian anggota badan dan dihantar di Klinik Kesihatan Temerloh untuk menerima rawatan.
Katanya, dia mengalami luka di siku kanan manakala seorang lagi rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin berkata, bomba dipanggil bagi menjaga keselamatan kawasan kemalangan kerana berlaku tumpahan minyak diesel dari tangki lori terbabit
0 comments:
Post a Comment