Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 25, 2014

MISI MEDIA PAHANG TAWAN GUNUNG FANSIPAN




KUANTAN - Tiga puluh warga media Pahang termasuk dua wakil Pejabat Pelancongan negeri akan melakukan misi menakluk puncak paling tinggi di utara Asia Tenggara, Gunung Fansipan dan melakukan selaman di Teluk Vietnam bermula 4 hingga 12 November depan.

Program yang pertama seumpamanya itu dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan Media Pahang dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Penasihat Kelab yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles, program itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri berharap program ini dapat dilaksanakan dengan baik serta dapat memberi manfaat kepada semua anggota rombongan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek tajaan berjumlah RM30,000 sumbangan Pejabat Perdana Menteri kepada Setiausaha Kelab dan Kebajikan Media Pahang Zulkepli Osman.

Sementara itu, Zulkepli berkata ekspedisi itu bukan sahaja bertujuan menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media, namun ia juga adalah antara usaha kelab melakukan kegiatan amal dengan turut membantu masyarakat Islam di Vietnam menerusi program yang akan diadakan semasa berada di sana.

Katanya, Gunung Fansifan yang terletak di bahagian utara Vietnam setinggi 3,143 meter adalah titik tertinggi di utara Asia Tenggara.

"Ini adalah misi dua dalam satu dan difahamkan belum pernah pengamal media dari negeri lain melakukannya dan petugas media Pahang menjadi kumpulan pertama melakukan ekspedisi itu.

Antara pengamal media yang akan turut serta dalam misi berkenaan termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), TV3, Berita Harian, New Straits Times, Sinar Harian dan Utusan Malaysia.





0 comments:

share2