Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 7, 2014

KUANTAN : GENERASI BARU TIDAK IKHLAS


Musa (dua,kiri) dan Abd Majid (tiga kiri) diraikan bagi mengenang perjuangan mereka pada Majlis Sambutan Pasar Tani Khas Sempena hari Kemerdekaan.



KUANTAN - Dua pejuang kemerdekaan menyifatkan ada generasi selepas merdeka tidak menikmati kemerdekaan dengan ikhlas kerana mereka mempunyai semua kesenangan yang disediakan kerajaan.

Mereka juga kesal kerana pengajian Sejarah tidak sepenuhnya menyebabkan ada yang berani bersuara menentang kerajaan dan hak istimewa raja yang banyak memberi manfaat perpaduan negara.

Bekas guru, Abd Majid Mohamed, 85, berkata, ramai generasi muda hari ini tidak tahu sejarah mereka sendiri dan seronok menghina institusi raja dan kerajaan.

Menurutnya, guru juga tidak menyelitkan sejarah yang boleh memberi pengajaran dan peringatan kepada pelajar bahawa sukar mencapai kemerdekaan dan membina negara sehingga maju seperti hari ini.

“Merdekanya negara tidak ada kesan kepada sesetengah generasi hari ini. Buka mata, semua kemudahan ada. Ada di antara mereka yang hilang semangat perjuangan dan tidak sayangkan institusi raja hari ini,” katanya.

Beliau yang aktif dalam beberapa persatuan bagi membantu meraih kemerdekaan negara turut menyelar individu yang menyertai politik untuk kepentingan diri sendiri.

“Ada orang politik sekarang yang pentingkan kroni, ada yang main duit belakang dan layak pula bertanding walaupun baru dua tiga tahun dalam politik.

Rakannya, Musa Omar, 88 juga berpendapat sama kerana ramai golongan muda yang kurang pendidikan dalam konteks sejarah negara.

Katanya, mereka sepatutnya menghayati kemerdekaan pada setiap sambutan untuk membina semangat sayang pada negara.

Justeru, katanya, antara caranya ialah mengibarkan jalur gemilang pada setiap rumah dan kenderaan pada hari merdeka.

“Memang saya sentiasa mengibarkan Jalur Gemilang di rumah sebagai tanda sayangkan negara dan mengingati perjuangan rakan-rakan untuk menikmati kebebasan tanah air,” katanya.

Abd Majid dan Musa adalah penerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan sempena Sambutan Pasar Tani Khas Hari Kemerdekaan ke 57 yang disampaikan Pengerusi Fama Malaysia, Tan Sri Badruddin Amiruldin.



0 comments:

share2