Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 24, 2014

KES LIWAT ANWAR, AZMIN BUAT 3 TUNTUTAN DARI NAJIB

Kes liwat Anwar: Azmin buat tiga tuntutan dari Najib



SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, hari ini menuntut tiga perkara dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal didengar pada Oktober ini.

“Kita tuntut bahawa pendakwaraya berjiwa UMNO digugurkan.

“Kalau benar hendakkan transformasi, gugurkan pendakwaan ke atas semua peguam Anwar termasuk N. Surendran.

“Kalau Najib berani dan jujur, buat siaran secara langsung perbicaraan itu. Biar rakyat jadi hakim,” kata Mohamed Azmin kepada lebih 5,000 perwakilan PKR yang hadir pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Pada 7 Mac lepas, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga Hakim yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan.

Rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pada 19 Ogos, Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua Anwar.





0 comments:

share2