Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 26, 2014

EXCO: SEDIKIT KECEWA TAPI SUDAH JANGKA - AJK PAS


 Dr Dzulkefly Ahmad

Shah Alam - Pas melahirkan sedikit kekecewaan terhadap komposisi Exco Selangor yang baharu apabila kuota bagi parti itu kurang satu kerusi berbanding sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah menjangka perubahan komposisi itu sambil menyifatkan koalisi politik dalam PR itu sangat kompleks.

"Secara peribadi, saya sudah menjangka bahawa akan berlaku pelakaran atau penstrukturan semula Exco Selangor ini.

"Bagi Pas walaupun sedikit kecewa, tetapi saya meletakkan harapan yang besar terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bersama Dr Yunus Hairi yang kini bersama Exco baharu iaitu YB Zaidy Abdul Talib," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

0 comments:

share2