Shah Alam – Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, ditahan polis awal pagi tadi, disyaki membabitkan kesalahan menghina Sultan Selangor, lapor sebuah portal.
Wan Ji yang juga bekas Ahli Jawatan Kuasa Pas Selangor, ditahan di hadapan sebuah restoran di Sungai Buloh, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi, dan dijangka didakwa pagi ini di mahkamah membabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias, mengesahkan penahanan itu.
Sementara itu,Sinar Harian Online difahamkan, Wan Ji akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.
0 comments:
Post a Comment