Kuala Langat – Tiga lelaki ditahan berhubung kejadian tembak pistol angin di Jalan Jugra di hadapan Taman Banting Baru, di sini, kelmarin.
Menurut jurucakap polis, kesemua individu berusia lingkungan 25 hingga 34 tahun ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian tidak berunsurkan dendam tetapi bermotif hanya 'suka-suka'.
Menurut jurucakap itu, pihaknya masih menyiasat motif kejadian sebenar dan selaras senapang yang digunakan untuk menembak mangsa dirampas bagi membantu siasatan.
“Kejadian ini turut menyebabkan seorang kerani sekolah berusia 31 tahun cedera di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata kerana memiliki senjata tanpa lesen,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Rooslan Radzi mengesahkan kejadian berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.54 petang kelmarin, seorang lelaki hampir maut apabila terkena peluru pistol angin di kepala ketika berada dalam kereta di bahagian belakang sebelah kiri.
0 comments:
Post a Comment