Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 3, 2014

PENGARUH & CAMPUR TANGAN AS



Para diplomatik dan analisis antarabangsa menyatakan, Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa besar dunia atau dikenali sebagai ‘polis dunia’ selalu mencampuri urusan di negara-negara membangun atau sedang membangun, terutama dalam pemilihan pemimpin atau presiden.

Kenyataan itu bukan tanpa dasar atau buktinya. Melainkan bertitik tolak daripada fakta sejarah dan pengalaman berbagai negara. Sejarah menunjukkan, kemelut dan politik di negara-negara yang sedang berkembang sering kali diawali oleh adanya campur tangan atau pihak asing dalam mempengaruhi pihak tertentu.

Sejarah Indonesia misalnya, telah menunjukkan pergantian kekuasaan daripada Presiden Soekarno kepada Soeharto, dari Orde Lama kepada Orde Baru pada 1966, banyak disebabkan oleh campur tangan AS.

Informasi terbaharu menurut WikiLeaks mahupun Edward Snowden, karyawan pejabat CIA, cukup jelas AS terus memantau semua aktiviti para pembuat dan pengambil keputusan di Indonesia.

Hampir semua gerak-geri pejabat tinggi Indonesia, dipantau dan dilaporkan ke Washington. Tujuan akhir, agar negara kuasa besar itu boleh ikut campur atau mempengaruhi Indonesia bagi mencapai dasar dan platform AS.

Yang pasti campur tangan AS sudah pernah merebak di Asia, Afrika, Amerika Latin dan yang paling hangat kini di kawasan Timur Tengah. Justeru sebagai Polis Dunia (Global Police), AS memiliki impian agar demokrasi di negaranya harus kompatibel di seluruh dunia.

Setuju atau tidak, suka atau tidak suka, tetapi itulah realiti implementasi politik AS. Jika Iran pada zaman Ayatollah Khomeini dikatakan mengeksport revolusi Islam, AS boleh dianggap eksportir liberalisme dan demokrasi.

Persoalannya, terpulang kepada masing-masing negara. Apakah boleh menerima demokrasi ala AS atau kalau mahu menolak pengaruh AS, caranya macam mana?

Sekadar mengenang masa lampau, menyegar ingatan, tersingkirnya Saddam Hussein dari kerusi kepresidenan Irak yang hancur lebur (2003), tinggal puing-puing sejarah tamadun Islam yang sangat tinggi nilainya itu, termasuk pula negara nabi-nabi tersebut telah punah ranah, begitu juga yang terjadi pada Muammar Gaddafi, Presiden Libya (2011), tidak lepas dari campur tangan AS di sebaliknya.

Masalah campur tangan AS menjadi suatu persoalan di negara-negara membangun. Jika ditanya, AS sendiri tidak akan mengaku hal tersebut. Justeru campur tangan seperti itu, dari segi antarabangsa merupakan sesuatu yang tidak dianjurkan.

Mengikut analisis antarabangsa, mengenai pemilihan presiden Indonesia baru-baru ini, rakyat Indonesia inginkan pembangunan agar mereka hidup aman sejahtera. Manakala sebahagian yang lain menyatakan siapa pun yang menjadi presiden Indonesia sama sahaja Jokowi-Probowo.

Sementara itu, sejumlah kalangan atau penentang Jokowi menuduh AS sebagai senarionya, ia hanya akan menjadi boneka AS. Tapi pihak yang mengeruk keuntungan langsung dan paling besar adalah status kebonekaan Jokowi dengan ejennya di Indonesia termasuk Lippo Group, pihak yang sudah diafasiliti sejak awal lagi.

Bahkan yang dikhuatirkan Indonesia akan dikendalikan oleh kelompok pengusaha yang secara kuantiti, masuk kategori minoriti.

Dari sudut nasionalisme dan martabat, bangsa, campur tangan AS seperti ini memang wajar ditentang. Dari segi pemerataan dan kebersamaan dominasi kelompok tertentu seperti itu, patut dilawan.

Setelah itu melihat dan menjadikan setiap kesulitan sebagai suatu peluang. Akhirnya diajak untuk berfikir secara positif dan out of the box.

Demikian analisis dan pendapat di sebalik campur tangan AS di negara-negara membangun dan sedang membangun di dunia ini, terutama dalam pemilihan pemimpin dan presiden, memang ada dalang di sebaliknya yang memainkan peranannya.

0 comments:

share2