Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 16, 2014

KERAJAAN NEGERI SABAH BATAL ACARA AMBANG MERDEKA

Kota Kinabalu - Kerajaan Negeri Sabah membatalkan acara Ambang Merdeka peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Lintasan Deasoka di sini pada 30 Ogos ini.

Setiausaha Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Datuk Ujang Sulani berkata mesyuarat Kabinet negeri pada 13 Ogos lepas memutuskan pembatalan acara itu bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

"Semua kerja persediaan bagi acara tersebut dihentikan dan sebarang komitmen perbelanjaan dielakkan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdama ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

0 comments:

share2