Bandar Baharu - Timbalan Ketua Cabang PKR Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan menyelar kenyataan punca Adun PKR sebelum ini bertindak meninggalkan parti itu kerana masalah peruntukan dan seakan dianaktirikan oleh kerajaan Kedah yang dipimpin Pas ketika itu.
Menurutnya, punca Adun terlibat mengkhianati PKR mungkin kerana kepentingan sendiri setelah ditawarkan ganjaran tertentu dari individu atau pihak terlibat.
"Senario lompat parti yang berlaku pada 2013 tidak melibatkan semua Adun PKR.
"Kesemua Adun PKR menjawat jawatan exco ketika itu dan memperoleh pendapatan yang baik," katanya.
Ismail berkata, Adun PKR menerima peruntukan setiap tahun bagi membolehkan aktiviti serta program parti bersama rakyat dapat dilaksanakan.
"Bagaimanapun ia tidak digunakan sepenuhnya oleh Adun PKR. Ini jelas menunjukkan Adun PKR tidak berhadapan dengan masalah ketika itu, kerana ia tidak melibatkan kesemua Adun PKR tetapi hanya Adun tertentu sahaja.
"Soal mereka menerima ganjaran dari mana-mana dan kemudiannya bertindak meninggalkan PKR adalah masalah mereka bagaimanapun PKR masih terus bersama Pakatan Rakyat (PR) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu,” katanya.
Menurutnya, setiap pemimpin PKR harus akur dengan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.
"Sekiranya parti mendapati tindakan serta kepimpinan mereka sudah tidak relevan dan boleh mengakibatkan masalah terhadap parti, jawatan mereka boleh digugurkan dan digantikan dengan kepimpinan yang baharu," katanya.
0 comments:
Post a Comment