Singapura: Hujan lebat selama hampir dua jam mulai pukul 2.10 petang ini menyebabkan beberapa kawasan di MacKenzie Road, Kramat Lane dan Bassein Road di sini dilanda banjir kilat.
Menurut kenyataan Lembaga Perbekalan Awam (PUB), agensi air nasional Singapura, jumlah taburan hujan paling lebat direkodkan di Handy Road iaitu 95.4 milimeter antara pukul 2.10 petang dan 4 petang.
PUB berkata banjir kilat itu bagaimana surut dalam tempoh kurang 25 minit dan semua jalan di kawasan terbabit masih boleh dilalui oleh kenderaan.
0 comments:
Post a Comment