Raub - Rakyat negara ini, khususnya di Pahang digesa tampil memberi sumbangan untuk membantu rakyat Palestin yang kini menderita angkara kekejaman rejim Zionis Israel.
Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, apa juga bantuan serta sumbangan sedikit sebanyak akan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat negara itu.
"Walaupun bukan banyak, sumbangan tersebut sangat bermakna dalam usaha mengubati penderitaan mereka yang saban hari terpaksa melihat kemusnahan harta benda dan kematian akibat perbuatan jahat rejim Zionis itu," katanya.
Shahiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin Gaza dan majlis berbuka puasa anjuran Umno Raub semalam.
Pada majlis itu hampir RM8,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai, agensi serta jabatan kerajaan sebelum diserahkan kepada Pengarah RTM Pahang Zubait Ibrahim untuk disampaikan kepada Tabung Kemanusian Gaza Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment