Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 17, 2014

MP ISRAEL KELUAR KENYATAAN MAHU SEMUA KAUM IBU PALESTIN DIBUNUH


 MP Yahudi keluar kenyataan kontroversi mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh

Kuala Lumpur: Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.

“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.

Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.

“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.

Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera.

0 comments:

share2