Maran - Jawatankuasa Masjid Jengka 2 telah mengadakan program berbuka puasa bersama-sama YB Dato' Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul pada 17hb Julai 2014 lalu.
Menurut Pengerusi masjid berkenaan, ini adalah kali ke-3 program sebegini diadakan di jengka 2, dan program ini mendapat sambutan hangat dari seluruh warga.
Program sedemikian ini juga mampu meningkatkan ulkhwah sesama warga dimana perbezaan pandangan politik dapat dipisahkan buat sementara waktu.
Dalam program berkenaan, Dato' Shahaniza turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terpilih dan sesuai menurut pandangan dan pertimbangan pihak jawatankuasa masjid.
0 comments:
Post a Comment