Bayi perempuan berumur 17 bulan di Ireland Utara ini sememangnya istimewa meskipun dilahirkan tanpa hidung.
Tessa Evans masih boleh batuk, bersin dan selesema walaupun tidak mempunyai deria bau akibat masalah congenital arhinia.
Menurut ibunya, si kecil itu sentiasa tersenyum dan aktif seperti kanak-kanak lain.
"Tessa sentiasa cuba untuk meniru perlakuan abang dan kakaknya. Dia langsung tidak menghiraukan kekurangannya malah gemar menari dan memanjat.Kami tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap Tessa walaupun keadaannya tidak sempurna kerana dia adalah sangat istimewa," kata Grainne kepada Daily Mail.
Difahamkan, Tessa bakal menjalani pembedahan hidung palsu di Hospital Great Ormond Street di London dalam masa terdekat.
"Hidung tersebut akan sentiasa ditukar mengikut perkembangan fizikalnya," jelas ibunya lagi.
0 comments:
Post a Comment