Kuantan - Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang Timur mengadakan mesyuarat agungnya yang ke 45 semalam. Hadir merasmikan mesyuarat berkenaan adalah YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Turut hadir, En. Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser serta Pengarah Suruhanjaya Pengangkutan Darat SPAD Negeri Pahang.
Dalam ucapannya, Dato' Sharkar berharap para pemandu akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam teksi bagi memberikan khidmat yang memuaskan hati pengguna terutama pelancong asing.
Kerajaan Negeri telah berusaha mambawa pelancong asing melalui perkhidmatan kapal mewah 'Star Cruise' yang beroperasi di Singapura dengan menjadikan Kuantan sebagai satu destinasi persinggahannya yang mampu meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan teksi untuk mengunjungi destinasi-destinasi menarik sekitar bandar Kuantan.
Ujarnya lagi, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, Kerajaan Negeri Pahang mensasarkan kira-kira 12 juta pelancong akan mengunjungi negeri Pahang dan menjangkakan perbelanjaan sekitar RM8.5 billion yang antara lain akan dibelanjakan kepada sektor penginapan dan pengangkutan.
Dalam majlis berkenaan, YB Dato' Sharkar mengumumkan meluluskan sumbangan sebanyak lebih RM3,000.00 kepada persatuan bagi membantu operasi persatuan.
Dalam majlis berkenaan, YB Dato' Sharkar mengumumkan meluluskan sumbangan sebanyak lebih RM3,000.00 kepada persatuan bagi membantu operasi persatuan.
Menurut Setiausaha Persatuan, En. Mohd Yassin Idris, beberapa usul telah dibincangkan yang melibatkan beberapa agensi kerajaan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dialami oleh pemandu-pemandu teksi.
Antaranya adalah memohon pihak PUSPAKOM menimbangkan pengecualian bayaran kali ke-2 kepada pemilik kenderaan yang gagal melepasi pemeriksaan kenderaan kali pertama sekiranya pemeriksaan dilakukan dihari yang sama.
Buat masa ini, pemandu teksi membayar RM55.00 untuk melakukan pemeriksaan, jika kenderaan mereka gagal mereka terpaksa membuat pembayaran RM25.00 lagi selain dari membaiki kelemahan dan kegagalan fungsi kenderaan berkenaan walaupun dilakukan dihari yang sama.
Pihak JPJ pula diminta memberikan pertimbangan meluluskan cukai jalan bagi tempoh satu tahun kepada semua teksi sebagaimana yang dilakukan oleh JPJ Terengganu. Ketika ini, teksi hanya dibenarkan pembaharuan cukai jalan hanya bagi setiap 6 bulan, melainkan bagi kenderaan baru dibawah 3 tahun.
Pihak MPK pula dirayu untuk mengecualikan bayaran kepada pemandu yang berdaftar dengan MPK untuk beroperasi di Terminal Sentral Kuantan pada bulan-bulan dimana mereka tidak beroperasi. Menurut beliau, bayaran RM100.00 sebulan adalah membebankan apabila mereka tidak beroperasi di terminal berkenaan.
Selain itu, sistem giliran yang dimansuhkan selepas jam 12.00 malam juga tidak wajar dan dianggap tidak adil. Pihak MPK juga patut menguatkuasakan peraturan supaya tidak ada khidmat 'kereta sapu' yang beroperasi di terminal yang semakin berleluasa.
Menurut En. Mohd Yassin lagi, di Kuantan ada sebanyak 5 buah persatuan pemandu teksi, namun pihak MPK tidak pernah memanggil mereka untuk mengadakan sebarang perbincangan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi terutama berkaitan operasi di Terminal Sentral Kuantan.
Rujuk artikel terdahulu: Pemandu Teksi Terminal Sentral Kuantan Kecewa dan Penguatkuasa MPK Tidak Berkuasa?

0 comments:
Post a Comment