Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 14, 2014

PERLUKAN KAKI PALSU BAHARU




Bagan Datoh - Kecacatan kaki dialami seorang kanak-kanak sejak dilahirkan di Taman Bagan Pasir, di sini, menyebabkan dia terpaksa menggunakan kaki palsu untuk bergerak.

S Vikraantraam, 7, yang kudung kaki kanannya turut mengalami kecacatan pada jari sejak dilahirkan.

Akibat kaki palsu miliknya sudah tidak sesuai digunakan, Vikraantraam sering mengadu sakit pada bahagian tulang dan kaki.

Ibu Vikraantraam, N Komalavally, 32, berkata, kaki palsu yang digunakan anaknya adalah hasil sumbangan orang ramai tiga tahun lalu dan kini ia tidak sesuai lagi digunakan kerana kanak-kanak itu semakin membesar.

Menurutnya, dia dan suami, P Saravanan, 30, yang bekerja sebagai kelindan lori tidak mampu untuk menukar kaki palsu baharu akibat kekangan kewangan.

“Kaki palsu yang berharga RM 8,900 itu kini sudah tidak sesuai digunakan tambahan lagi, Vikraantraam kini sudah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Tun Sambathan.

“Doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur turut mengesyorkan kami menggantikan kaki palsu baharu untuk keselesaannya,” katanya.

Komalavally berkata, doktor mengatakan kos untuk membuat kaki palsu baharu, sebanyak RM10,000 diperlukan.

Jelasnya, dia dan suami buntu kini memikirkan masalah itu dan berharap ada pihak yang sudi membantu mereka.

“Kini, saya masih hantar dan ambil Vikraantraam dari sekolah kerana mengadu sakit di bahagian kaki serta tulang belakang," katanya.

Manakala, Pembantu Khas Adun Hutan Melintang, Khairul Ehsan Sukarmon berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada Pejabat Kebajikan Masyakat Daerah (PKMD) dan pejabat menteri besar untuk
tindakan lanjut.

“Saya akan meminta PKMD mempercepatkan proses permohonan bagi menyegerakan bantuan itu," katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank BSN milik Komalavally 08244-41-00005217-5.

0 comments:

share2