TEMERLOH 11 Jun - Kawasan tanah terbiar seluas 165 hektar meliputi sawah dan paya terbiar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang di sini berpotensi dimajukan dengan projek ternakan ikan yang boleh dijadikan sebagai produk tarikan pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, terdapat banyak paya dan sawah terbiar dalam DUN Lanchang dipercayai sesuai untuk projek ternakan ikan air tawar.
"Projek tersebut jika dimajukan secara terancang akan menjadi satu tarikan baharu pelancongan di daerah ini.
"Saya yakin jika usaha ini direalisasikan, sudah tentu akan memberi manfaat besar kepada industri pelancongan selain meningkatkan pendapatan penduduk setempat," katanya di sini baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment