Kuantan, 11hb Jun - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob berucap dalam Majlis Perasmian Malam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2014 di Hotel Zenith malam semalam.
Anugerah Belia Negara adalah satu pengiktirafan oleh Kerajaan kepada individu serta organisasi yang telah menunjukkan jasa serta sumbangan yang cemerlang dalam pembangunan belia.
Memberi pengiktirafan dan penghargaan diatas pencapaian dan sumbangan positif belia Malaysia yang memberi impak dalam pelbagai bidang serta menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Selain itu objektifnya adalah menjana sokongan masyarakat umum terhadap kerja-kerja pembangunan belia.
Antara lain Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa ada 703,400 belia di negeri Pahang dan mereka harus didedahkan kepada kepimpinan dalam persatuan sebagai platform untuk pelapis kepimpinan sedia ada.
Belia juga harus sedar bahawa mereka adalah sebahagian yang penting dalam masyarakat dan perlu capai kejayaan cemerang dalam pelbagai bidang kerana masa depan negara akan datang terletak ditangan belia masa kini. Beliau juga bersyukur kerana menyedari bahawa belia dan persatuan belia di negeri Pahang tidak dipolitikan.
YAB Menteri Besar juga menyatakan bahawa Barisan Nasional Negeri dalam manifesto pilihanraya yang lalu telah menentukan 6 perkara untuk dilaksanakan demi kemajuan belia-belia. Antaranya adalah menyalurkan bantuan pengurusan kepada semua persatuan belia diperingkat akar umbi dengan menyumbangkan sebanyak RM3 ribu.
Kerajaan juga akan melengkapkan semua gelanggang futsal dengan keperluaan asasnya selain dari menyediakan premis perniagaan untuk para belia disetiap kawasan Parlimen.
Beliau juga mengingatkan bahawa memilih kepimpinan belia adalah sama pentingnya sebagagaimana memlilih kepimpinan negara. Ianya bukanlah satu tanggungjawab yang boleh diambil mudah dan sambil lewa saja kerana ianya adalah berkenaan kestabilan sesebuah organisasi dan negara. Dengan mengambil contoh negara Mesir yang tidak pernah aman sehingga kini akibat perubahan kepimpinan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.
Sebelum itu En. Khairul Amin Osman selaku Presiden Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar atas segala sokongan dan sumbang kepada golongan belia. YB Dato' Mohd Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang berjanji akan terus memberikan komitmen kepada golongan belia.
YAB Menteri Besar Pahang turut diminta menyumbangkan beberapa buah lagi dengan iringan Kombo Pejabat SUK Pahang.
Majlis juga turut diserikan dengan tarian oleh penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang.
Turut hadir dimajlis berkenaan beberapa orang exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan antaranya YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.
0 comments:
Post a Comment