Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 31, 2014

TUKAR HAK MILIK KENDERAAN GUNA KAEDAH BIOMETRIK MULAI 1 JUN




PUTRAJAYA – Berkuatkuasa 1 Jun ini, semua urusan pertukaran hak milik kenderaan hanya boleh dilakukan melalui sistem pengesahan biometrik.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sistem itu diperkenalkan secara berperingkat mulai 1 April lepas.

Beliau berkata kaedah itu memudahkan pemilik lama dan baharu dengan mereka tidak perlu hadir serentak di kaunter bagi membuat pengesahan biometrik.

“Pemilik berdaftar dan pemilik baharu boleh hadir di mana-mana kaunter JPJ berdekatan secara berasingan dengan syarat pengesahan itu perlu dibuat dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Kaedah baharu itu selaras dengan program transformasi JPJ di bawah pelaksanaan sistem mySIKAP.

Ismail berkata sistem baru itu dapat mengelak berlakunya pertukaran hak milik kenderaan tanpa diketahui pemilik asal dan mengurangkan peranan orang ketiga.

Selain itu, pertukaran hak milik kenderaan juga boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 Jun ini.

“Tetapi sebelum itu, pengguna perlu hadir ke kaunter JPJ untuk mendapatkan nombor ID serta membuat pengesahan biometrik.

“Nombor ID itu kemudian boleh digunakan untuk urusan lain JPJ,” jelas beliau. – BERNAMA



0 comments:

share2