Setelah gagal melaksanakan tugas dengan berkesan termasuk membawa kemenangan besar kepada Terenggani dalam PRU lalu, maka MB Terengganu telah bersetuju dan membuat aku janji akan meletakkan jawatannya dalam tempoh tertentu.
Bahkan bahagian-bahagian UMNO juga meminta beliau berundur, demikian dilaporan oleh UMNO Kebangsaan, justeru satu aku janji telah dibuat oleh MB Terengganu sendiri dengan memohon PM memberikan beliau tempoh selama setahun lagi untuk menyambung tugasnya. Persetujuan itu juga telah dimaklumkan kepengetahuan DYMM Sultan Terengganu.
Oleh yang demikian tidak timbul soal MB Terengganu diberikan tekanan oleh UMNO pusat atau sesiapa dan tidak langsung berlaku sebarang kezaliman terhadap beliau. Segala salah faham yang berlaku dikalangan UMNO Terengganu adalah bukan datang dari UMNO pusat melainkan oleh pihak tertentu yang mungkin berniat untuk menagih simpati pemimpin-pemimpin UMNO negeri serta rakyat.
DS Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah seoranang yang sangat bertimbang rasa dan berbudi bahasa. Sudah tentu beliau tidak akan dengan sengaja melakukan perbuatan yang boleh merosakkan parti bahkan dengan niat untuk mengianayai seseorang.
Bagaimanapun, banyak pandangan meminta DS Najib selalu memerhatikan perlakuan mereka yang dikiri kanan beliau yang boleh sama ada dengan sengaja atau tidak, akan merosakkan parti akibat tindakan tertentu mereka. Dalam kes Terengganu ini, 2 nama disebut-sebut sebagai orang yang telahmemainkan peranan yang memburukkan nama DS Najib selaku Presiden parti.
Editor
Bacaan Rujukan:
http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/05/akhirnya-mat-said-makang-ikang-tengok.html\
http://belantan.blogspot.com/2014/05/siapa-dalang-disebalik-krisis-politik.html

0 comments:
Post a Comment