Melaka - Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat dalam perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, semalam.
Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan GST demi menjana ekonomi negara pada masa depan.
Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan yang akan diambil jika ada penjawat awam di negeri ini terlibat dalam perhimpunan itu.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda semalam menyifatkan penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
Tindakan mereka melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang dibuat semasa diterima bekerja dalam sektor awam, katanya.
0 comments:
Post a Comment