Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 27, 2014

KRISIS IDENTITI DAN ULTRA KIASU



(Sinar Harian 26.5.14)

Editor kanan, akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dalam ruangan pojoknya minggu lalu, menuduh saya mengalami krisis identiti kerana selalu bercakap bagi pihak orang Melayu dan mempertahankan Melayu. Sejak dahulu saya jelaskan, saya mempertahankan agama Islam yang dianuti oleh ‘semua’ orang Melayu. Jika orang Melayu, tidak beragama Islam, lantaklah. Neraca saya, bercakap benar.

Hari ini, sama ada kita setuju atau tidak, agama Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya. Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seIslam saya tidak bersetuju. Saya hormati perbezaan pandangan ini.

Ternyata, editor ultra kiasu tersebut tidak mengenali saya dan tidak membaca sepenuhnya artikel saya. Beliau hanya membaca artikel saya yang telah diputar belitkan atau dimanipulasikan web ultra kiasu. Saya tidak salah beliau, kerana mungkin orang kampung halamannya di Kuah, Langkawi tidak mengajar beliau sejarah Tanah Melayu yang dihuni orang Melayu yang dihijrahi keluarganya.

Beliau mengambil contoh kedudukan masjid bersebelahan dengan tokong, gereja dan kuil sudah melambangkan perpaduan kaum. Nampak sangar cetek pemikirannya. Rugi sungguh akhbar Inggeris ini menggaji beliau. Jika beliau menuduh artikel saya memalukan Malaysia, saya pula boleh berkata pengalaman puluhan menjadi wartawan tidak menampakkan keintelektualannya.

Lokasi rumah ibadat bersebelahan, belum tentu menandakan masyarakat kita hidup harmoni, jika mereka buta dan jahil sejarah. Apa guna duduk dekat, jika penuh syak wasangka. Inilah yang sedang berlaku.

Ibubapanya yang makan pakai tangan seperti Melayu, itupun bukan petanda bahawa perpaduan telah tercapai. Soal lebih penting adalah soal hati, ultra kiasu atau tidak. 

Saya tidak nafikan negara ini sudah berbilang sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Tetapi apa yang menyebabkan ia menjadi berbilang kaum mesti juga diketahui. Mesti ada penghijrahannya. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan, Ini bukan krisis identiti. Ini bukti. Justeru, iktiraf hak penduduk asal.

Mengambil contoh terhadap Chong Wei vs Lin Dan, adalah contoh yang naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. Kedua-dua adalah Cina. Sudah tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China. Itu pun tidak semua. Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indon). Ketika itu, siapakah yang akan kita sokong? Justeru, tidak perlulah beliau berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra kiasu.

Mengenai sumbangan cukai pendapatan. Saya memasukkan GLC itu mewakili Melayu (Islam) kerana majoritinya diuruskan oleh orang Islam dan negara ini ditadbirkan oleh orang Islam serta hasil bumi ini datang daripada bumi Melayu, bukan bumi lain. Bukan saya tidak tahu membezakannya. Saya cabar beliau kemukakan data-data siapakah penyumbang cukai terbesar di negara ini, jika pendapat saya tidak betul.

Lagipun cukai individu mereka yang bekerja dengan kerajaan lebih telus, kerana tidak berlaku penipuan berbanding dengan cukai yang dibayar oleh badan swasta. Jika tidak percaya, tanya syarikat yang mengauditkan kedudukan kewangan syarikat ultra kiasu setiap tahun?

Syarikat audit ultra kiasu satu hal lain pulak. Berdasarkan aduan yang saya terima, orang Melayu yang membuat latihan belajar (latihan industri) di sana, hanya diberikan kerja-kerja kerani seperti menyusun fail, photostate dan kerja-kerja ‘sampah’. Pelajar Melayu tidak diajarkan dengan kerja-kerja akaun yang sebenar. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak dibenarkan solat harian (jumaat), kerana dikatakan membuang masa dan merugikan syarikat.

Akhirnya, saya ingin memetik komen Ana Muslim dalam blog saya

“Melayu memang baik, baik dalam serba serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa Melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa. Cuba tengok Umno, walau pun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili oleh MCA pada PRU 12 dan PRU 13 tetapi Umno sanggup “menebal muka” menyembah MCA merayu supaya MCA menyertai kabinet. Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb...Agak-agak kamulah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk kabinet? Jawablah siapa yang tahu akan jawapannya...”

Apapun saya bersetuju dengan pendapat editor tersebut, bahawa bukan Melayu mesti berusaha untuk bertutur dalam BM sebagai bahasa perpaduan. Begitu juga penghargaan beliau kepada negara ini yang dipimpin oleh orang Melayu dan guru-guru Melayu yang telah mendidiknya menjadi manusia berguna.

Persoalannya, adakah perkara ini dihargai ultra kiasu? Kenapa mereka ingin membina negara dalam negara, tanpa mahu mendaulatkan agenda negara?




0 comments:

share2