Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 1, 2014

WANITA DAN BAYI DALAM KANDUNGAN MAUT



Johor Bahru - Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut bersama kandungannya apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Masai Baru dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian 4 petang itu, mangsa Noor Hayati Che Aziz, 30, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Persona, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Hasil siasatan awal, mendapati kereta (yang dipandu suami mangsa) dari arah susur keluar pasar raya Big Aeon menghala ke Taman Johor Jaya, telah dilanggar dari arah tepi sebelah kiri penumpang oleh lori pasir yang muncul secara tiba-tiba dari arah Lebuhraya Pasir Gudang ke bandar Johor Baharu.

"Akibat pelanggaran itu, kereta Persona diseret lebih kurang sejauh 20 meter dari tempat pelanggaran," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas di sini. 

Turut berada di dalam kenderaan itu, suami mangsa Mohd Faizal Rosli, 31, dan dua anaknya, Muhamad Farhan Danial, 6, dan Noor Fadzliyana Dania, 5, dan adik mangsa, Nasarudin, 20, yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di HSI. 

Bagaimanapun Sulaiman berkata pemandu lori dengan nombor pendaftaran JDA 7798 sedang diburu selepas melarikan diri.

0 comments:

share2