Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 19, 2014

TAUFIK LATIF MENINGGAL DUNIA




Shah Alam - Pengacara terkenal era 70-an dan 80-an, Taufik Latif, 69 meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam selepas beberapa jam dipindahkan ke PPUM.

Difahamkan, Allahyarham menerima rawatan di Sime Darby Medical Centre Subang Subang sejak Ahad lalu akibat masalah jantung.

Berita pemergian Allahyarham itu dimaklumkan adik iparnya, Mohd Radzi Mohd Ramly melalui status laman sosial Facebook.

“Untuk makluman, abang Taufik Latif telah kembali ke rahmatullah. Jenazah akan dibawa ke rumah bondanya untuk urusan pengebumian,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 12 tengah hari semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.

Selain masalah jantung, Allahyarham turut menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.

0 comments:

share2