Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 22, 2014

POLIS AMBIL SAMPEL AIR KENCING DARAH PEMANDU BAS

Kuantan - Polis telah mengambil contoh darah dan air kencing pemandu bas ekspres yang terbabit dalam nahas di KM116, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Temerloh di sini awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata, sampel itu dihantar ke Jabatan Kimia di Kuantan hari ini bagi menentukan sama ada pemandu itu mengambil dadah. 

"Buat sementara, pemandu bas tu telah dilepaskan setelah diambil keterangan berhubung kemalangan itu," katanya kepada ketika dihubungi Bernama semalam. 

Sementara itu, beliau berkata, setakat semalam hanya tinggal empat mangsa masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh. 

Kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil. Mangsa cedera yang lain telah dibenarkan balik ke rumah masing-masing petang semalam, katanya. 

Dalam kemalangan itu, 16 penumpang cedera tiga daripadanya parah selepas bas yang dinaiki terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum terjatuh dan tersangkut di dalam longkang.

0 comments:

share2