Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 18, 2014

PENJUAL BURGER DIHUKUM GANTUNG

Kuala Lumpur - Penjual burger dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh seorang lelaki dengan menikam leher mangsa, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap Mohd Firdaus Mokhtar, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya Hakim Zamani berkata keterangan pembelaan daripada tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata dan terdapat keterangan dua saksi pembelaan yang tidak konsisten terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa membunuh Mohd Faizal Mohd Zain, 27, di sebuah rumah bernombor 1089, Jalan Selamat, Sungai Bakap dekat sini pada 3 petang, 3 Mei 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mangsa ditemui mati di dalam sebuah rumah yang disewa sepasang warga emas selepas ditikam di leher, dada dan betis oleh penjenayah yang cuba merompak penghuni rumah itu, Hussin Abdul Rahman, 80. Mangsa merupakan jiran Hussin.

Pihak pendakwaan memanggil 17 saksi manakala pihak pembelaan memanggil tiga saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab manakala Mohd Firdaus diwakili peguam M. Chandran.

0 comments:

share2