Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 9, 2014

PEMBANTU RUMAH KANTOI




Jempol - Taktik seorang pembantu rumah warga Indonesia menyembunyikan barang curi milik majikannya dalam pinggang seluar dan kolar jaket tidak berhasil selepas beg pakaiannya diperiksa majikan, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, suspek berumur 39 tahun itu memasukkan barang kemas berkenaan di pinggang seluar dan kolar jaket kemudian dijahit rapi sebelum dibungkus dalam beg pakaiannya.

Menurut Hamzah, curiga dengan suspek, mangsa mengambil keputusan untuk memeriksa beg pakaian suspek sebelum menghantarnya ke lapangan terbang kerana suspek ingin pulang ke Indonesia.

"Namun mangsa terkejut apabila menjumpai beberapa barang kemas milik isteri dan anaknya dalam pinggang seluar pendek dan kolar jaket suspek yang dijahit kemas bagi mengaburi mata mangsa.

"Sebelum ini, banyak barang lain di rumah mangsa hilang, namun suspek tidak pernah mengaku sehinggalah terjadi perkara ini dan terus membawa suspek ke Balai Polis Bahau pada hari sama kira-kira jam 4.40 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol, di sini pagi semalam.

Hamzah berkata, hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku mencuri dan menyembunyikan barang kes itu di dalam kolar jaket dan lipatan seluar dengan menjahitnya.

“Kita telah merampas barang kemas dan emas putih terdiri daripada rantai, cincin, gelang tangan dan subang. Turut dirampas adalah telefon bimbit suspek, jaket dan seluar pendek. Kerugian dianggarkan sebanyak RM7,000.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin lalu hingga 10 April ini. Sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tujuh tahun dan denda. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta majikan,” katanya.

0 comments:

share2