Kuantan - Kerajaan negeri Pahang akan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu sempena Tahun Melawat Pahang 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Sharkar Shamsudin berkata segala kekuatan produk ekopelancongan seperti taman negara, pulau dan kawasan peranginan di tanah tinggi yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempromosi Pahang.
"Kita juga akan memperbanyakkan lagi aktiviti lain seperti program promosi makanan untuk menarik lebih ramai pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kebimbangan pengusaha pelancongan tentang kehadiran pelancong ke negeri itu akan terjejas berikutan tragedi MH370.
0 comments:
Post a Comment